Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

300 Pegawai Anggota Bukit Aman Bantu Ops Tawan Di Kawasan

Diterbitkan: 17 Jun 2014 5.32 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
'Foot patrol atau rondaan berjalan kaki akan fokus kawasan Segitiga Emas yang kita terima maklumat berlakunya jenayah dalam tempoh seminggu sama ada maklumat itu daripada laporan polis, laman sosial d..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/300-pegawai-anggota-bukit-aman-bantu-ops-tawan-di-kawasan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:37 MYT

KUALA LUMPUR, 16 Jun - Seramai 300 pegawai dan anggota Bukit Aman akan terlibat dalam 'Ops Tawan' yang memberi tumpuan di kawasan Segitiga Emas ibu negara, sebagai langkah mengurangkan kes ragut dan samun.

Pengerusi Urus Setia Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) PDRM Dato' Wira Ayub Yaakob berkata pegawai dan anggota dari Bukit Aman itu ditugaskan bagi membantu rondaan anggota daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

"Foot patrol atau rondaan berjalan kaki akan fokus kawasan Segitiga Emas yang kita terima maklumat berlakunya jenayah dalam tempoh seminggu sama ada maklumat itu daripada laporan polis, laman sosial dan sebagainya.

"Mereka yang jalankan rondaan perlu berinteraksi dengan orang ramai yang ditemui termasuk di kawasan parkir. Kalau ada sistem kawalan keselamatan seperti bilik kawalan rakaman kamera litar tertutup di sesuatu kawasan itu, kita nak mereka pantau sama ada ia berfungsi dengan baik atau tidak," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Ops Tawan Bukit Aman di perkarangan pusat membeli-belah Kuala Lumpur City Centre.

Beliau berkata pendekatan yang merupakan sebahagian daripada inisiatif mengurangkan kadar jenayah itu akan dilaksanakan secara berterusan dan akan diperluas bagi memastikan setiap maklumat yang diterima mendapat respon dengan kadar segera.

Mengenai Ops Tawan hari ini, beliau berkata seramai 40 pegawai dan anggota daripada Bukit Aman turun membuat rondaan bersama pegawai dan anggota daripada IPD Dang Wangi diketuai Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad.

Sementara itu, Zainuddin berkata seramai 20 pegawai dan anggota akan mengadakan rondaan berkonsepkan 'jumpa dan sapa' di kawasan Segitiga Emas antaranya di Jalan Binjai, Jalan Conlay dan Bukit Bintang.

"Kawasan ini boleh dikatakan hampir setiap hari berlaku kes ragut dan samun memandangkan ia merupakan kawasan tumpuan pelancong, ada pejabat dan sebagainya, jadi dengan adanya inisiatif seperti ini dilihat mampu mengurangkan lagi kadar jenayah jalanan sejak inisiatif NKRA dilaksanakan pada 2009," katanya.

-BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 5.32 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM