Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

30 Warga Asing Ditahan Dalam Ops Tiong Di Cheras

Published: 19 Jun 2014 4.10 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 25 April - Sebanyak 30 termasuk empat wanita warga Afrika ditahan atas kesalahan melibatkan penipuan Internet dalam Ops Tiong di Sri Cendikia Kondominium dan Coolge Cyber Cafe Taman Conn..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/30-warga-asing-ditahan-dalam-ops-tiong-di-cheras
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:59 MYT

Kuala Lumpur, 25 April - Sebanyak 30 termasuk empat wanita warga Afrika ditahan atas kesalahan melibatkan penipuan Internet dalam Ops Tiong di Sri Cendikia Kondominium dan Coolge Cyber Cafe Taman Connaught, Cheras di sini awal pagi tadi.

Timbalan Pengarah (Operasi dan Risikan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Abdul Jalil Hassan berkata mereka terdiri daripada 22 lelaki Nigeria, dua lelaki Zimbabwe, masing-masing satu lelaki warga Cameroon dan Sudan.

"Empat wanita tersebut merupakan warga Nigeria, Mauritius, Cameroon dan Tanzania," katanya kepada pemberita selepas operasi selama lapan jam sejak malam tadi.

Beliau berkata lapan daripadanya tidak mempunyai dokumen pelajar yang sah.

"Kesemua tangkapan diserahkan kepada imigresen dan disabitkan kesalahan mengikut seksyen 420 Kanun Keseksaan serta telah direman pegawai penyiasat" katanya.

Turut dirampas, enam buah komputer riba, katanya Operasi yang bermula pada 11 malam tadi disertai 232 pegawai dan anggota polis serta 31 pegawai penguatkuasa jabatan Imigresen, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kementerian Pendidikan serta Jabatan Pertahanan Awam.

Abdul Jalil berkata sepanjang tahun lalu sebanyak 1,225 laporan polis melibatkan penipuan warga Afrika melalui internet telah dilakukan melibatkan jumlah kerugian melebihi RM80 juta.

"Untuk tempoh empat bulan pertama tahun ini, sebanyak 239 laporan polis direkodkan melibatkan jumlah kerugian RM10 juta," katanya.
 
Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 19 Jun 2014 4.10 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM