30 Warga Asing Ditahan Dalam Ops Tiong Di Cheras
Kuala
Lumpur, 25 April - Sebanyak 30 termasuk empat wanita warga Afrika
ditahan atas kesalahan melibatkan penipuan Internet dalam Ops Tiong di
Sri Cendikia Kondominium dan Coolge Cyber Cafe Taman Connaught, Cheras
di sini awal pagi tadi.
Timbalan
Pengarah (Operasi dan Risikan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit
Aman Datuk Abdul Jalil Hassan berkata mereka terdiri daripada 22 lelaki
Nigeria, dua lelaki Zimbabwe, masing-masing satu lelaki warga Cameroon
dan Sudan.
"Empat
wanita tersebut merupakan warga Nigeria, Mauritius, Cameroon dan
Tanzania," katanya kepada pemberita selepas operasi selama lapan jam
sejak malam tadi.
Beliau berkata lapan daripadanya tidak mempunyai dokumen pelajar yang sah.
"Kesemua
tangkapan diserahkan kepada imigresen dan disabitkan kesalahan mengikut
seksyen 420 Kanun Keseksaan serta telah direman pegawai penyiasat"
katanya.
Turut dirampas, enam buah komputer riba, katanya Operasi
yang bermula pada 11 malam tadi disertai 232 pegawai dan anggota polis
serta 31 pegawai penguatkuasa jabatan Imigresen, Jabatan Hal Ehwal Agama
Islam Wilayah Persekutuan, Kementerian Pendidikan serta Jabatan
Pertahanan Awam.
Abdul
Jalil berkata sepanjang tahun lalu sebanyak 1,225 laporan polis
melibatkan penipuan warga Afrika melalui internet telah dilakukan
melibatkan jumlah kerugian melebihi RM80 juta.
"Untuk
tempoh empat bulan pertama tahun ini, sebanyak 239 laporan polis
direkodkan melibatkan jumlah kerugian RM10 juta," katanya.
Sumber : BERNAMA