Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

30 Pegawai Dan Anggota Pdrm Tamat Kursus Asas Menunggang Kuda Psp Siri 2 2023

Diterbitkan: 14 Aug 2023 8.12 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Cheras, 14 Ogos 2023 - Seramai tujuh pegawai kanan dan 23 anggota pelbagai pangkat Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) disematkan lencana “horsemanship” setelah berjaya menamatkan Kursus Asas Menunggang Kuda Siri 2 bagi tahun 2023 di Markas PSP, dekat sini, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/30-pegawai-dan-anggota-pdrm-tamat-kursus-asas-menunggang-kuda-psp-siri-2-2023
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:28 MYT
Cheras, 14 Ogos 2023 - Seramai tujuh pegawai kanan dan 23 anggota pelbagai pangkat Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) disematkan lencana “horsemanship” setelah berjaya menamatkan Kursus Asas Menunggang Kuda Siri 2 bagi tahun 2023 di Markas PSP, dekat sini, pagi tadi.

Majlis penutupan kursus anjuran PSP itu telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Hazani Ghazali dengan diiringi Komander PSP, SAC Mohd Said Ibrahim.

Dalam ucapannya, Dato’ Sri Hazani berharap agar kesemua peserta dapat memanfaatkan ilmu yang telah dipelajari dan diterapkan semasa menjalankan tugasan di lapangan kelak. Beliau turut merakamkan syabas dan tahniah kepada semua peserta kerana telah menamatkan kursus dengan jayanya.

Sepanjang tujuh minggu kursus kendalian Unit Berkuda Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Cawangan Latihan PSP tersebut, para peserta telah didedahkan dengan fungsi dan peranan unit berkenaan dalam mengawal rusuhan, pengetahuan mengenai ancaman serta peristiwa melibatkan ketenteraman awam.

Kemuncak majlis penutup tadi menyaksikan pemakaian lencana “horsemanship” serta penyampaian sijil oleh Dato’ Sri Hazani kepada para peserta.

Lebih bermakna lagi apabila dua peserta terbaik kursus iaitu Inspektor Mohd Syafiq Ghazali dari Unit 1 PSP Kuala Lumpur telah dinobatkan sebagai Peserta Terbaik Keseluruhan, diikuti Lans Koperal Noor Hafizi Zain Adham dari Unit 6 PSP Terengganu dinobatkan sebagai Penunggang Kuda Terbaik.
 
Selain itu, turut diadakan penyampaian sijil watikah pelantikan kepada 10 jurulatih yang diketuai oleh Pegawai Pemerintah Unit Berkuda PDRM, DSP Nurhidayah Damanhoori.

Turut hadir, Timbalan Pengarah (Gerakan) Jabatan KDNKA Bukit Aman, CP Dato’ Mohd Hishamudin Tahar, DCP Gerakan Jabatan KDNKA Bukit Aman, DCP Dato’ Mohd Yusof Hj. Mamat, barisan Komander PDRM, pegawai-pegawai kanan serta rakan media.

Jurugambar: Sub Inspektor Zaiddin Dahalan dan Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan.

May be an image of 5 people, ambulance and text that says 'POLIS'

May be an image of 3 people and horse

May be an image of 4 people and horse

May be an image of 3 people, horse and text

May be an image of ‎7 people and ‎text that says '‎KURSUS PERA MIAN PENUTUPAN ĐANG KUDA PASUKAN SIMPANAN PERSEKUTUAN چه PURNA RI Ha GARAH LEH: DIN

May be an image of 13 people

May be an image of 11 people, ambulance and text that says 'POLIS POLIS @HAK MILIK PIPoLIs POLIS POLIS'

May be an image of 4 people and horse

May be an image of 5 people and text

May be an image of 4 people and horse



ArtikelDiterbitkan 14 Aug 2023 8.12 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM