Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

30 Motosikal Disita Dalam Op Lejang Di Tawau

Published: 19 Jun 2014 5.20 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Tawau, 28 April - Sebanyak 30 motosikal disita dalam Op Lejang di sekitar Batu Payung di sini semalam. Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah berkata 30 saman turut dikeluarkan atas pelbagai..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/30-motosikal-disita-dalam-op-lejang-di-tawau
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:12 MYT

Tawau, 28 April - Sebanyak 30 motosikal disita dalam Op Lejang di sekitar Batu Payung di sini semalam.  Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah berkata 30 saman turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

"Operasi yang melibatkan tiga pegawai dan 30 anggota itu merupakan operasi bagi mencegah kesalahan lalu lintas, pencegahan jenayah serta mengesan motosikal curi yang akan dijalankan dari semasa ke semasa," katanya satu dalam kenyataan.

Beliau berkata pemilik motosikal tersebut boleh menuntut kenderaan mereka di cawangan trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau.
 
Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 19 Jun 2014 5.20 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM