Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

30 Gro Diberkas Di Kelab Ala Istana Di P Pinang

Diterbitkan: 16 Jun 2014 7.08 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Polis menyerbu sebuah kelab 'ala istana' di Pulau Tikus di sini Rabu malam dan menahan 30 wanita asing yang menjadi pelayan pelanggan (GRO) menyediakan khidmat seks..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/30-gro-diberkas-di-kelab-ala-istana-di-p-pinang
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:48 MYT
GEORGE TOWN, 2 Jun 2011 (Bernama) -- Polis menyerbu sebuah kelab "ala istana" di Pulau Tikus di sini Rabu malam dan menahan 30 wanita asing yang menjadi pelayan pelanggan (GRO) menyediakan khidmat seks.

Ketua Unit Maksiat D7 Bukit Aman, ASP Shahrulizam Jaafar, berkata pusat hiburan itu, yang sering diserbu polis tahun lepas, menggunakan taktik baru menjadi sebuah kelab eksklusif dengan memberi layanan seperti "maharaja" kepada pelanggannya.

Beliau memberitahu pemberita di sini Khamis bahawa wanita yang diberkas dalam serbuan pada 8 malam tadi itu terdiri 29 warga China dan seorang rakyat Vietnam berusia antara 20 dan 30 tahun.

Shahrulizam berkata siasatan awal mendapati kesemua wanita terbabit menyalahguna pas lawatan serta tidak mempunyai permit.

"Ketika serbuan, tiga daripada mereka cuba memasuki sebuah kedai pakaian untuk menutup pakaian seksi mereka," katanya.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 39(b) Peraturan Imigresen kerana menyalahguna pas lawatan, yang jika disabit kesalahan, boleh dihukum denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.
ArtikelDiterbitkan 16 Jun 2014 7.08 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM