Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

3 Warga Emas Rugi Rm40 000 Ditipu Sindiket Tiket Loteri Palsu

Published: 30 Aug 2016 1.38 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Gara-gara mahu mendapatkan wang segera, tiga warga emas di daerah ini berputih mata apabila mereka kerugian sehingga RM40,000 setelah ditipu satu sindiket menggunakan tiket loteri palsu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/3-warga-emas-rugi-rm40-000-ditipu-sindiket-tiket-loteri-palsu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 15:12 MYT

Gara-gara mahu mendapatkan wang segera, tiga warga emas di daerah ini berputih mata apabila mereka kerugian sehingga RM40,000 setelah ditipu satu sindiket menggunakan tiket loteri palsu.

Sindiket berkenaan yang didalangi warga tempatan dengan melibatkan warga asing itu, bergerak aktif menjadikan warga emas sebagai sasaran utama mereka.

Antara taktik yang dilakukan suspek ialah dengan bergerak secara kumpulan di mana suspek pertama (warga asing) akan bertemu dengan mangsa.

Suspek akan menunjukkan tiket loteri palsu yang diubah suai dan menyatakan telah memenangi hadiah namun tidak dapat menuntutnya kerana tidak mempunyai pengenalan diri yang sah

Suspek ini akan berbincang dengan mangsa dan semasa perbincangan, suspek kedua akan rnenghampiri mangsa lalu meyakinkan mangsa, dia sendiri turut ingin membantu suspek pertama bagi menuntut hadiah kemenangan ini

Untuk proses menuntut hadiah kemenangan, mangsa dan suspek kedua dijanjikan sebahagian peratusan hadiah kemenangan dalam lingkungan 5 hingga 10 peratus atau sejumlah wang tadi oleh suspek pertama.

Bagaimanapun, mangsa dan suspek kedua perlu membayar pendahuluan kepada suspek pertama sebagai jaminan kerana hadiah kemenangan ini dituntut mangsa dan bukan suspek pertama.

"Setelah pendahuluan diberikan, suspek pertama akan berjanji kepada mangsa dan suspek kedua untuk sama-sama pergi ke premis perniagaan tiket perjudian berkenaan bagi menuntut hadiah kemenangan pada keesokan harinya, namun suspek pertama dan kedua akan terus menghilangkan diri serta tidak dapat dihubungi.

Pihak polis menasihatkan orang ramai terutama warga emas agar lebih berhati-hati terutama ketika sebelum atau selepas berurusan dengan pihak bank kerana suspek ini menyasarkan warga emas yang berseorangan kerana mudah diperdayakan.

Sumber: Sinar Harian

3 Warga Emas Rugi Rm40 000 Ditipu Sindiket Tiket Loteri Palsu
ArticlePublished 30 Aug 2016 1.38 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM