3 Penjenayah Dicekup Selepas Merompak
Tiga
penyamun yang baru sejam merompak barang kemas dan wang tunai milik
seorang ahli perniagaan di Jalan Tasek, Sungai Bakap berakhir dengan
mereka ditangkap di sebuah ladang berhampiran rumah mangsa.
Pihak
polis membuat tangkapan terhadap suspek pertama yang berusia 28 tahun
di sebuah ladang nanas manakala suspek kedua berumur 28 tahun ditangkap
selepas kereta jenis Toyota Vios yang dipandunya terbabas di lokasi
berdekatan.
Suspek
ketiga diberkas di sebuah ladang kelapa sawit tidak jauh dari ladang
nanas bersama sepucuk pistol jenis walter PPK bersama tujuh butir
peluru. Wang tunai RM30, 000 dan barangan kemas dijumpai semula dan
polis merampas sebilah parang bersama suspek pertaman

Sumber : Keratan Akhbar Kosmo