Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

3 Kena Hukuman Gantung

Published: 05 Oct 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Mahkamah Tinggi di sini semalam menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas tiga tertuduh termasuk seorang wanita, selepas mereka didapati bersalah membunuh seorang ahli perniagaan di Sungai Petani, empat tahun lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/3-kena-hukuman-gantung
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:47 MYT

Alor Setar - Mahkamah Tinggi di sini semalam menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas tiga tertuduh termasuk seorang wanita, selepas mereka didapati bersalah membunuh seorang ahli perniagaan di Sungai Petani, empat tahun lalu.

Keputusan itu dibuat Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab, selepas memutuskan pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah. 

Selain Norliana Nor Wahi, 36, yang juga suri rumah, dua lagi tertuduh ialah jurugambar bebas, Mohd Azeryee Anuar, 32, dan pengawal keselamatan, Kamarudin SK Abdul Halim, 33.

Mahkamah turut memutuskan hukuman mati ke atas ketiga-tiga tertuduh akan dilakukan pada tarikh dan tempat yang akan ditentukan kemudian. 

Sumber: Kosmo
3 Kena Hukuman Gantung

ArticlePublished 05 Oct 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM