3 Ditahan Miliki Dadah Rm100 000
Kuala
Lumpur - 1 Julai 2009 . Tiga suspek termasuk seorang wanita yang
menaiki kereta curi, ditahan kerana dipercayai terlibat dalam sindiket
penjualan dan pengedaran dadah di sekitar Kuala Lumpur.
Ketua
Polis Daerah Cheras, ACP Ahmad Amir bin Mohd Hashim berkata,
ketiga-tiga suspek ditahan apabila pihak polis mendapati mereka dalam
keadaan yang mencurigakan. Hasil pemeriksaan dalam kenderaan yang
dinaiki, pihak polis menemui 3,330 pil khayal jenis Eramin 5, 1,240 biji
pil ektasi dan 3 peket serbuk campuran untuk menghasilkan dadah. Polis
juga turut menemui 8 peket mengandungi 80 biji pil Eramin 5 seberat
22.43 gram dalam poket salah seorang suspek. Nilai rampasan adalah
RM100,000.
Suspek,
dua lelaki berusia 27 dan 30 tahun manakala seorang wanita yang berada
bersama mereka pula berusia 18 tahun. Suspek dikatakan dalam perjalanan
pulang dari Genting Highlands ke kampung mereka di Perak.