Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

3 Ditahan Miliki Dadah Rm100 000

Published: 13 Jun 2014 2.02 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Hasil pemeriksaan dalam kenderaan yang dinaiki, pihak polis menemui 3,330 pil khayal jenis Eramin 5, 1,240 biji pil ektasi dan 3 peket serbuk campuran untuk menghasilkan dadah. Polis juga turut menemu..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/3-ditahan-miliki-dadah-rm100-000
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:05 MYT

Kuala Lumpur - 1 Julai 2009 . Tiga suspek termasuk seorang wanita yang menaiki kereta curi, ditahan kerana dipercayai terlibat dalam sindiket penjualan dan pengedaran dadah di sekitar Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Ahmad Amir bin Mohd Hashim berkata, ketiga-tiga suspek ditahan apabila pihak polis mendapati mereka dalam keadaan yang mencurigakan. Hasil pemeriksaan dalam kenderaan yang dinaiki, pihak polis menemui 3,330 pil khayal jenis Eramin 5, 1,240 biji pil ektasi dan 3 peket serbuk campuran untuk menghasilkan dadah. Polis juga turut menemui 8 peket mengandungi 80 biji pil Eramin 5 seberat 22.43 gram dalam poket salah seorang suspek. Nilai rampasan adalah RM100,000.

Suspek, dua lelaki berusia 27 dan 30 tahun manakala seorang wanita yang berada bersama mereka pula berusia 18 tahun. Suspek dikatakan dalam perjalanan pulang dari Genting Highlands ke kampung mereka di Perak.

ArticlePublished 13 Jun 2014 2.02 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM