Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

3 Cubaan Sindiket Pengedaran Dadah Tumpas

Published: 12 Jun 2014 7.41 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Bukit Aman, 26 Sept – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman telah berjaya mematahkan tiga cubaan sindiket pengedaran dadah yang menggunakan pintu masuk negara ini dengan tertangkapnya 4 ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/3-cubaan-sindiket-pengedaran-dadah-tumpas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 18:13 MYT
Oleh : Kpl Edwind Indo

3 CUBAAN SINDIKET PENGEDARAN DADAH TUMPAS

Bukit Aman, 26 Sept – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman telah berjaya mematahkan tiga cubaan sindiket pengedaran dadah yang menggunakan pintu masuk negara ini dengan tertangkapnya 4 orang ahli sindiket yang terdiri daripada seorang lelaki warga Nigeria, seorang wanita warga Thailand serta pasangan lelaki dan wanita tempatan.

ketiga-tiga tangkapan telah dilakukan di mana dua tangkapan dijalankan di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) Sepang dan satu tangkapan di sebuah bilik hotel di Sepang.

Sejumlah 9.16 kg syabu dan 495 gram kokain telah berjaya dirampas dan nilai rampasan dianggarkan bernilai RM 1.5 juta.

Kesemua suspek berusia lingkungan 20 sehingga 31 tahun telah direman dan disiasat di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika disabitkan dengan kesalahan.

3 Cubaan Sindiket Pengedaran Dadah Tumpas
3 Cubaan Sindiket Pengedaran Dadah Tumpas
YDH Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah JSJN PDRM menunjukkan dadah yang dirampas

3 Cubaan Sindiket Pengedaran Dadah Tumpas
3 Cubaan Sindiket Pengedaran Dadah Tumpas
3 Cubaan Sindiket Pengedaran Dadah Tumpas
Antara dadah yang dirampas
ArticlePublished 12 Jun 2014 7.41 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM