Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

3 Ahli Kumpulan Anonymous Ditahan

Published: 29 Aug 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Mereka berusia 18 hingga 21 tahun yang turut menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan sebelum esok, ditahan dalam serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, hasil risikan bersama CyberSecurity Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Mutimedia Malaysia (SKMM).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/3-ahli-kumpulan-anonymous-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:46 MYT

Tiga ahli kumpulan 'Anonymous' tempatan yang dipercayai bertanggungjawab mengugut mahu menggodam sistem komputer dan laman web agensi kerajaan sebelum ini, ditahan dalam tiga serbuan berasingan di Johor Bahru. 

Mereka berusia 18 hingga 21 tahun yang turut menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan sebelum esok, ditahan dalam serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, hasil risikan bersama CyberSecurity Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Mutimedia Malaysia (SKMM). 

Polis turut merampas peralatan komputer dan komunikasi, karaera, komputer riba, tablet, telefon bimbit, pemacu data, modem serta topeng digunakan suspek dalam rakaman video ugutan berdurasi lapan minit yang tersebar dalam laman Facebook pada 9 Ogos lalu.

Sumber: Berita Harian
3 Ahli Kumpulan Anonymous Ditahan

ArticlePublished 29 Aug 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM