Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

3 672 Bungkusan Kuih Raya Diagihkan Kepada Petugas Pdrm

Diterbitkan: 20 Jun 2016 5.43 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.26 PM
Sebanyak 3,672 bungkusan kuih raya diagih-agihkan kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang akan bertugas di pagi Hari Raya, di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/3-672-bungkusan-kuih-raya-diagihkan-kepada-petugas-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:35 MYT



Kuala Lumpur, 20 Jun - Sebanyak 3,672 bungkusan kuih raya diagih-agihkan kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang akan bertugas di pagi Hari Raya, di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pagi tadi.

Majlis ini disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar bersama Pengerusi Persatuan Keluarga Polis  (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Dato’ Imran Ibrahim.

"Pengorbanan dan khidmat bakti warga PDRM yang tanpa mengira masa dan tempat dalam memastikan seluruh rakyat dan negara menikmati sambutan Aidilfitri dalam suasana harmoni sememangnya perlu  dihargai, " katanya.

Katanya, kiriman bungkusan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan rasa kesedihan para petugas PDRM yang berjauhan dari  keluarga.

Majlis ini turut dihadiri Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (KDNKA), merangkap Pengerusi Jawatankuasa Majlis Penyerahan Kuih Raya PDRM 2016, Dato’ Sri Muhammad Sabtu Osman bersama isteri Pengerusi PERKEP Jabatan KDNKA, Datin Sri Hajjah Wan Safiah Wan Salim, Pengarah-pengarah PDRM, Ketua-ketua Polis Negeri, Komander, Pegawai kanan serta ahli PERKEP.


3 672 Bungkusan Kuih Raya Diagihkan Kepada Petugas Pdrm
Simbolik penyerahan Bungkusan Kuih Raya Oleh Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Dato’ Imran Ibrahim kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar

3 672 Bungkusan Kuih Raya Diagihkan Kepada Petugas Pdrm
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar menyerahkan bungkusan kuih raya kepada Pengarah Pengurusan PDRM, Dato' Sri Zulkifli Abdullah

3 672 Bungkusan Kuih Raya Diagihkan Kepada Petugas Pdrm
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar menyerahkan bungkusan kuih raya kepada Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (KDNKA), merangkap Pengerusi Jawatankuasa Majlis Penyerahan Kuih Raya PDRM 2016, Dato’ Sri Muhammad Sabtu Osman

3 672 Bungkusan Kuih Raya Diagihkan Kepada Petugas Pdrm
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar menyerahkan bungkusan kuih raya kepada Ketua Polis Kuala Lumpur, Dato' Amar Singh Ishar Singh

3 672 Bungkusan Kuih Raya Diagihkan Kepada Petugas Pdrm
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar menyerahkan bungkusan kuih raya kepada Komander Pasukan Gerakan Udara (PGU) PDRM, Dato' S. Sathiya Seelan

3 672 Bungkusan Kuih Raya Diagihkan Kepada Petugas Pdrm
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar menyerahkan bungkusan kuih raya kepada Komander 69 Komando Pasukan Gerakan Khas, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (KDNKA

3 672 Bungkusan Kuih Raya Diagihkan Kepada Petugas Pdrm
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar menyerahkan bungkusan kuih raya kepada Komander Unit Tindakhas (UTK), Pasukan Gerakan Khas

ArtikelDiterbitkan 20 Jun 2016 5.43 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.26 PM