Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

3 300 Anggota Polis Terengganu Akan Bantu Mangsa Banjir

Published: 18 Jun 2014 6.02 AM Updated: 15 Aug 2026 7.37 PM
Kuala Terengganu, 23 Nov - Seramai 3,300 anggota polis di Terengganu diletakkan dalam keadaan bersedia untuk membantu mangsa banjir di negeri ini pada musim tengkujuh ini...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/3-300-anggota-polis-terengganu-akan-bantu-mangsa-banjir
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 17:49 MYT

Kuala Terengganu, 23 Nov - Seramai 3,300 anggota polis di Terengganu diletakkan dalam keadaan bersedia untuk membantu mangsa banjir di negeri ini pada musim tengkujuh ini.

Timbalan Ketua Polis Terengganu Datuk Hamzah Mohd Jamil berkata kesemua anggota polis itu akan digerakkan sebaik banjir berlaku di negeri ini.

Sebagai persiapan awal menghadapi musim tengkujuh, polis kini membuat pemantauan empat jam sekali kenaikan paras air sungai khususnya di kawasan yang sering dilanda banjir, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu Hamzah mengingatkan orang ramai terutama penduduk di kawasan yang sering dilanda banjir supaya membuat persediaan awal untuk berpindah ke kawasan yang lebih selamat jika paras air sungai telah melebihi paras bahaya.

"Kami minta orang ramai agar mematuhi arahan jika diminta berpindah. Selain itu buat persediaan awal dengan mengutamakan dokumen-dokumen penting dan barang berharga ketika berpindah," katanya.

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 18 Jun 2014 6.02 AMUpdated 15 Aug 2026 7.37 PM