Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

29 Pegawai Kanan Pdrm Terima Kenaikan Pangkat

Published: 27 Dec 2017 9.38 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 27 Disember 2017 – Seramai 29 orang pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah dinaikkan pangkat secara rasmi dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan PDRM yang diadakan di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman, sebentar tadi. Upacara yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim itu menyaksikan Timbalan Pengarah Cawangan Khas (E1), Dato’ Mohamed Farid Abu H
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/29-pegawai-kanan-pdrm-terima-kenaikan-pangkat
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:35 MYT
Kuala Lumpur, 27 Disember 2017 – Seramai 29 orang pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah dinaikkan pangkat secara rasmi dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan PDRM yang diadakan di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman, sebentar tadi.

Upacara yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim itu menyaksikan Timbalan Pengarah Cawangan Khas (E1), Dato’ Mohamed Farid Abu Hassan mendahului senarai pemakaian pangkat.

Dalam pada itu, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid melahirkan ucapan tahniah kepada semua penerima kenaikan pangkat tersebut kerana ianya merupakan penghargaan serta pengiktirafan pucuk pimpinan atas segala khidmat bakti, prestasi dan komitmen mereka terhadap pasukan selama ini.

Berucap mewakili Ketua Polis Negara, beliau turut berpesan, pangkat yang diterima datangnya dari amanah dan tanggungjawab untuk terus berkhidmat dengan lebih berdedikasi, bijaksana dan berintegriti dalam usaha membawa pasukan menuju ‘World Class Policing’.

“Maka, akan bertambahlah tanggungjawab yang harus dipikul dan amanah yang bakal digalas sebagai seorang pemimpin yang boleh menjadi contoh kepada pegawai bawahan,” ujarnya.

Majlis pada hari ini turut dihadiri oleh pengarah-pengarah PDRM, pegawai-pegawai kanan, anggota serta wakil-wakil media.

29 Pegawai Kanan Pdrm Terima Kenaikan Pangkat
Sekitar nyanyian lagu "Negaraku"..

29 Pegawai Kanan Pdrm Terima Kenaikan Pangkat
Sekitar majlis pemakaian pangkat oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim kepada CP Dato' Mohamed Farid Abu Hassan..

29 Pegawai Kanan Pdrm Terima Kenaikan Pangkat
Sekitar majlis pemakaian pangkat oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim kepada CP Dato' Abd Rahim Jaafar..

29 Pegawai Kanan Pdrm Terima Kenaikan Pangkat
Sekitar pemakaian pangkat oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim kepada Setiausaha Polis Malaysia (SUPM), DCP Dato' Ramli Mohamed Yoosuf..

29 Pegawai Kanan Pdrm Terima Kenaikan Pangkat
Sekitar majlis pemakaian pangkat oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim kepada SAC Abdul Aziz Haji Salleh..

29 Pegawai Kanan Pdrm Terima Kenaikan Pangkat
Sekitar majlis pemakaian pangkat oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim kepada SAC Mohd Azman Ahmad Sapri..

29 Pegawai Kanan Pdrm Terima Kenaikan Pangkat
Sekitar majlis pemakaian pangkat oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim kepada ACP Kamaludin Mohamad..

29 Pegawai Kanan Pdrm Terima Kenaikan Pangkat
Sekitar majlis pemakaian pangkat oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim kepada ACP Shahrir Daud..

29 Pegawai Kanan Pdrm Terima Kenaikan Pangkat
Sekitar ucapan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim..

29 Pegawai Kanan Pdrm Terima Kenaikan Pangkat
Bergambar kenangan..
ArticlePublished 27 Dec 2017 9.38 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM