Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

29 Gro Warga Asing Ditahan Di Pusat Karaoke Di Pulau Tikus

Diterbitkan: 27 May 2016 3.16 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.26 PM
George Town, 27 Ogos 2016 - Sebanyak 29 wanita warga asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan atau GRO di sebuah pusat karaoke di Kompleks Midlands, Jalan Burmah di sini ditahan dalam operasi malam tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/29-gro-warga-asing-ditahan-di-pusat-karaoke-di-pulau-tikus
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:52 MYT
George Town, 27 Ogos 2016 - Sebanyak 29 wanita warga asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan atau GRO di sebuah pusat karaoke di Kompleks Midlands, Jalan Burmah di sini ditahan dalam operasi malam tadi.
   
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Datuk Razaruddin Hussain berkata serbuan dilakukan di premis itu pada kira-kira 10.30 malam hasil intipan dan risikan sejak dua minggu lepas.

Katanya ketika pemeriksaan dilakukan di pusat karaoke itu ada di antara wanita warga asing itu cuba bersembunyi di bawah meja dan peti sejuk yang
terdapat di situ.
   
"Hasil pemeriksaan teliti polis berjaya menemukan dua GRO dan seorang lelaki tempatan dipercayai pelanggan bersembunyi di dalam peti sejuk.

"Pemeriksaan lanjut kami menahan 20 GRO berkenaan di premis tersebut dan sembilan lagi sedang bersembunyi di sebuah restoran di tingkat tiga bangunan tersebut," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Razaruddin berkata pemeriksaan mendapati semua GRO berusia 20 hingga 30 tahun itu tiada dokumen perjalanan diri dan menyalah guna pas lawatan sosial mereka.- BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 27 May 2016 3.16 PMDikemas kini 15 Aug 2026 7.26 PM