Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

272 Pesara Dan Bakal Pesara Peringkat Bukit Aman Dirai

Diterbitkan: 09 Dec 2016 6.50 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Seramai 272 pegawai kanan, anggota dan pegawai awam Polis Diraja Malaysia (PDRM) diraikan dalam Majlis Meraikan Pesara Dan Bakal Pesara Peringkat Bukit Aman Tahun 2016 bertempat di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), di sini, malam tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/272-pesara-dan-bakal-pesara-peringkat-bukit-aman-dirai
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:07 MYT

Kuala Lumpur, 10 Disember 2016- Seramai 272 pegawai kanan, anggota dan pegawai awam Polis Diraja Malaysia (PDRM) diraikan dalam Majlis Meraikan Pesara Dan Bakal Pesara Peringkat Bukit Aman Tahun 2016 bertempat di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), di sini, malam tadi.

Majlis seumpama ini merupakan satu acara tradisi sebagai tanda penghargaan dan bagi menzahirkan kenangan buat warga PDRM yang akan meninggalkan pasukan.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim.

Memetik dari ucapannya, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mereka yang diraikan di atas segala sumbangan bakti yang telah dicurahkan, yang mana ianya tidak dapat dihitung dan dibalas dengan wang ringgit sebagai tunjang dalam membantu meletakkan nama PDRM gah di tahap tertinggi.

Beliau turut mengingatkan kepada warga PDRM yang bersara dan akan bersara agar memanfaatkan sepenuhnya persaraan ini untuk berehat dan meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga.

Hadir sama dalam majlis tersebut, Pengarah Pengurusan PDRM, CP Dato’ Sri Zulkifli Abdullah, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Dato' Jalaluddin Abdul Rahman, pegawai kanan, anggota PDRM, Pegawai Awam dan dif-dif jemputan.

272 Pesara Dan Bakal Pesara Peringkat Bukit Aman DiraiTimbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim ketika menyampaikan ucapan

272 Pesara Dan Bakal Pesara Peringkat Bukit Aman Dirai
Ucapan balas oleh wakil pesara, Dato' Muhammad Fuad Abu Zarim, bekas Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam, (KDNKA)

272 Pesara Dan Bakal Pesara Peringkat Bukit Aman Dirai
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim menyampaikan cenderahati dan sijil penghargaan kepada Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Dato' Jalaluddin Abdul Rahman

272 Pesara Dan Bakal Pesara Peringkat Bukit Aman Dirai
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim menyampaikan cenderahati dan sijil penghargaan kepada pesara dan bakal pesara peringkat Bukit Aman Tahun 2016

Sekitar Majlis Meraikan Pesara Dan Bakal Pesara Peringkat Bukit Aman Tahun 2016 bertempat di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) KL

272 Pesara Dan Bakal Pesara Peringkat Bukit Aman Dirai
Sekitar Majlis Meraikan Pesara Dan Bakal Pesara Peringkat Bukit Aman Tahun 2016 bertempat di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) KL

ArtikelDiterbitkan 09 Dec 2016 6.50 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM