Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

27 Lelaki Ditahan Terlibat Dalam Aktiviti Sabung Ayam

Published: 17 Jun 2014 6.25 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K.Manoharan berkata serbuan kira-kira 8 malam itu dilakukan hasil maklumat orang awam dan intipan yang dilakukan oleh unit D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Tere..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/27-lelaki-ditahan-terlibat-dalam-aktiviti-sabung-ayam
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:57 MYT

Besut, 28 Jun - Polis Terengganu menahan 27 lelaki yang sedang asyik melakukan aktiviti menyabung ayam di sebuah ladang kelapa sawit di Jabi di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K.Manoharan berkata serbuan kira-kira 8 malam itu dilakukan hasil maklumat orang awam dan intipan yang dilakukan oleh unit D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu.

"Sebelum serbuan kita telah lakukan risikan dan intipan dan mendapati sekumpulan lelaki berusia lingkungan 22 hingga 68 tahun sedang berkumpul dan bersorak melaga ayam," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata polis turut merampas 11 ekor ayam jantan, 10 serkap ayam, sebuah generator, kerusi serta wang tunai.

Katanya kesemua lelaki berkenaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Besut dan dibebaskan dengan jaminan polis. 

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 17 Jun 2014 6.25 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM