27 Lelaki Ditahan Terlibat Dalam Aktiviti Sabung Ayam
Besut, 28 Jun - Polis Terengganu menahan 27 lelaki yang sedang asyik melakukan aktiviti menyabung ayam di sebuah ladang kelapa sawit di Jabi di sini semalam.
Ketua
Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K.Manoharan berkata serbuan
kira-kira 8 malam itu dilakukan hasil maklumat orang awam dan intipan
yang dilakukan oleh unit D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu.
"Sebelum
serbuan kita telah lakukan risikan dan intipan dan mendapati sekumpulan
lelaki berusia lingkungan 22 hingga 68 tahun sedang berkumpul dan
bersorak melaga ayam," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata polis turut merampas 11 ekor ayam jantan, 10 serkap ayam, sebuah generator, kerusi serta wang tunai.
Katanya kesemua lelaki berkenaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Besut dan dibebaskan dengan jaminan polis.
Sumber : BERNAMA