Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

27 04 2009 Lawatan Kerja Menteri Dalam Negeri Ke Bukit Aman

Published: 09 Jun 2014 9.37 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Turut mengiringi 'Lawatan Kerja' YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein ialah YB Dato' Wira Abu Seman bin Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri , YB Tuan Jelaing anak Mersat,..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/27-04-2009-lawatan-kerja-menteri-dalam-negeri-ke-bukit-aman
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:41 MYT

27 April 2009 - YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri telah mengadakan Lawatan Kerja ke Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman bermula jam 9.30 pagi.

Ketibaan YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein telah di sambut oleh YDH Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara serta YDH Dato'-Dato' Pengarah PDRM di Podium Bukit Aman.

Turut mengiringi 'Lawatan Kerja' YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein ialah YB Dato' Wira Abu Seman bin Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri , YB Tuan Jelaing anak Mersat, Timbalan Menteri  Dalam Negeri, Yang Mulia Dato' Raja  Azahar bin Raja Abdul Manap, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri serta Pegawai-pegawai Kanan dari Kementerian Dalam Negeri.

Selepas membuat pemeriksaan Kawalan Kehormatan di Podium Bukit Aman, YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein beredar ke Auditorium PDRM Bukit Aman dan menandatangani Buku Pelawat. Seterusnya Ucapan Aluan dan Taklimat Organisasi PDRM oleh YDH Ketua Polis Negara. Satelah selesai taklimat oleh YDH Ketua Polis Negara, YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein mengambil kesempatan menyampaikan amanat kepada semua yang hadir di Auditorium PDRM. Selain YDH Dato'-Dato' Pengarah PDRM, turut hadir di Auditorium PDRM ialah YDH Timbalan-timbalan Pengarah PDRM, YDH Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Polis, Ketua Polis Negeri serta Komandan Maktab, Pusat Latihan Polis dan Komander Briged . YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein juga meluangkan masa melawat pejabat YDH Ketua Polis Negara sebelum berlepas pulang.

27 04 2009 Lawatan Kerja Menteri Dalam Negeri Ke Bukit Aman
YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri bersalaman dengan YDH CP Dato' Abdul Razak bin Hj. Bokhari, Pengarah Pengurusan PDRM

27 04 2009 Lawatan Kerja Menteri Dalam Negeri Ke Bukit Aman
Pemeriksaan Kawalan Kehormatan di Podium Bukit Aman

27 04 2009 Lawatan Kerja Menteri Dalam Negeri Ke Bukit Aman
Menandatangani Buku Pelawat di Auditorium PDRM, Tingkat 16, Bukit Aman

27 04 2009 Lawatan Kerja Menteri Dalam Negeri Ke Bukit Aman
Amanat oleh YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri

27 04 2009 Lawatan Kerja Menteri Dalam Negeri Ke Bukit Aman
YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri bergambar kenangan dengan YDH Dato'-Dato' Pengarah dan YDH Timbalan Pengarah PDRM

27 04 2009 Lawatan Kerja Menteri Dalam Negeri Ke Bukit Aman
YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri bergambar kenangan bersama YDH Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Polis dan  Ketua-Ketua Polis Negeri

ArticlePublished 09 Jun 2014 9.37 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM