Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

26 Warga Asing Ditahan Polis Marin

Published: 10 Jul 2014 9.35 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Komander PPM Wilayah 2, ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata kesemua yang ditahan dipercayai cuba keluar dari negara melalui laluan yang tidak diwartakan...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/26-warga-asing-ditahan-polis-marin
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:40 MYT
Pengerang, 18 Jun – Seramai 26 orang pendatang asing tanpa izin (PTI) warga Indonesia ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua dalam Op Pensura di kawasan Pantai Teluk Ramunia, awal pagi semalam. 

Komander PPM Wilayah 2, ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata kesemua yang ditahan dipercayai cuba keluar dari negara melalui laluan yang tidak diwartakan.

"Kecekapan Polis Marin meredah laut bergelora berjaya memintas bot yang dinaiki sekaligus dapat menahan kesemua PTI termasuk tekong," katanya.

Kesemua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Pengerang dan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Pind. 2002) dan ATIPSOM 2007.

26 Warga Asing Ditahan Polis Marin

Sumber: PPM
ArticlePublished 10 Jul 2014 9.35 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM