Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

255 Warga Kerja Kdn Terima Apc

Diterbitkan: 12 Mar 2020 7.56 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Putrajaya, 12 Mac 2020 – Seramai 255 warga kerja Kementerian Dalam Negeri (KDN) terdiri daripada 10 agensi dan bahagian yang memberi perkhidmatan dan sumbangan cemerlang sepanjang tahun 2019 menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/255-warga-kerja-kdn-terima-apc
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:53 MYT

Putrajaya, 12 Mac 2020 – Seramai 255 warga kerja Kementerian Dalam Negeri (KDN) terdiri daripada 10 agensi dan bahagian yang memberi perkhidmatan dan sumbangan cemerlang sepanjang tahun 2019 menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) hari ini.

Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hamzah Zainudin hadir menyampaikan APC berkenaan pada majlis yang berlangsung di Auditorium, Kompleks D, Putrajaya.

Tidak ketinggalan seramai 10 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), diketuai oleh Pengarah Jabatan Pengurusan, CP Dato’ Abdul Rahim Jaafar turut menerima APC tersebut sebagai tanda pengiktirafan di atas kecemerlangan perkhidmatan yang diberikan kepada pasukan PDRM.

Dato' Seri Hamzah Zainudin dalam ucapannya berkata, majlis ini diadakan adalah sebagai pengiktirafan bagi menghargai sumbangan pegawai dan kakitangan khususnya warga KDN yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tahun 2019.

Secara keseluruhannya, seramai 255 pegawai dan kakitangan yang menerima anugerah APC tahun 2019 pada hari ini terdiri daripada 150 orang pegawai dan kakitangan warga Kementerian Dalam Negeri, manakala 105 orang lagi merupakan sebahagian dari penerima yang mewakili 10 jabatan dan agensi di bawah KDN.

Hadir sama dalam majlis tersebut Ketua Setiausaha (Pengurusan) KDN, Dato' Jamil Rakon, Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, Datuk Zainal Abidin Abu Hassan, pegawai-pegawai tertinggi KDN, barisan pegawai dan kakitangan yang bernaung di bawah KDN.

Image may contain: 5 people, people standing and text
Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hamzah Zainudin menyampaikan Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) tahun 2019 kepada Pengarah Jabatan Pengurusan, CP Dato’ Abdul Rahim Jaafar.

Image may contain: 1 person, standing and text
Ucapan Perasmian oleh Menteri Dalam Negeri, YB Dato' Seri Hamzah Zainudin pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) tahun 2019 di Auditorium, Kompleks D, Putrajaya.

Image may contain: 15 people
Nyanyian lagu 'Negaraku'.

Image may contain: 5 people, people standing and suit
Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hamzah Zainudin menyampaikan Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) tahun 2019 kepada penerima.

Image may contain: 5 people, people standing

Image may contain: 20 people, crowd and indoor
Sekitar Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) tahun 2019 di Auditorium, Kompleks D, Putrajaya.
ArtikelDiterbitkan 12 Mar 2020 7.56 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM