Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

250 Warga Pdrm Sertai Program Derma Darah Anjuran Briged Tengah Pga

Published: 27 Apr 2017 6.11 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Seramai 250 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan, pegawai pangkat rendah, pegawai awam serta ahli Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Cheras, Maktab PDRM Cheras, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang dan IPD Cheras telah menjayakan Program Derma Darah anjuran Briged Tengah PGA di Dewan Perdana, Ibu Pejabat Markas Briged Tengah PGA, Cheras, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/250-warga-pdrm-sertai-program-derma-darah-anjuran-briged-tengah-pga
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:22 MYT
Cheras, 27 April 2017 – Seramai 250 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan, pegawai pangkat rendah, pegawai awam serta ahli Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Cheras, Maktab PDRM Cheras, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang dan IPD Cheras telah menjayakan Program Derma Darah anjuran Briged Tengah PGA di Dewan Perdana, Ibu Pejabat Markas Briged Tengah PGA, Cheras, pagi tadi.

Program derma darah ini diadakan sempena sambutan Peringatan Hari Polis Ke-210 dan kemuncak program ini telah disempurnakan oleh Komander Briged Tengah PGA, SAC Adzaman Mohd Jan.

Dalam pada itu, SAC Adzaman Mohd Jan berkata, program seumpama ini adalah sumbangan warga polis Briged Tengah PGA kepada masyarakat bersesuaian dengan tema hari polis iaitu ‘Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada’.

Acara program bermula seawal 9.00 pagi hari ini berakhir lebih kurang jam 1.00 petang dan darah yang didermakan akan dihantar ke Pusat Darah Negara.

250 Warga Pdrm Sertai Program Derma Darah Anjuran Briged Tengah Pga
Sekitar Program Derma Darah Anjuran Briged Tengah PGA...

IMG_8008
Sekitar Program Derma Darah Anjuran Briged Tengah PGA...

IMG_7993
ArticlePublished 27 Apr 2017 6.11 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM