Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

25 Wanita Vietnam Ditahan Dalam Op Cantas Di Puchong Jaya

Diterbitkan: 18 Jun 2014 12.38 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.42 PM
Kuala Lumpur, 28 Ogos - Polis menahan 25 wanita warga Vietnam dan seorang lelaki tempatan selaku penjaga premis dalam Op Cantas dan Noda di sebuah pusat hiburan yang beroperasi secara haram di Puchong..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/25-wanita-vietnam-ditahan-dalam-op-cantas-di-puchong-jaya
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:15 MYT

Kuala Lumpur, 28 Ogos - Polis menahan 25 wanita warga Vietnam dan seorang lelaki tempatan selaku penjaga premis dalam Op Cantas dan Noda di sebuah pusat hiburan yang beroperasi secara haram di Puchong Jaya lewat malam tadi.

Pegawai Pencegahan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, Inspektor Roslin Mohd Isa berkata premis itu tidak memiliki lesen perniagaan manakala ruang di dalamnya telah diubah suai dari satu tingkat menjadi dua tingkat.

"Walaupun empat kali telah diserbu, namun mereka tidak menghiraukan arahan pihak berkuasa dan berterusan menjadikan warga asing sebagai umpan untuk menarik pelanggan ke premis tersebut," katanya.

Beliau berkata selain menemani pelanggan (untuk minum), mereka juga menawarkan perkhidmatan seks di luar premis mengikut kehendak pelanggan.

Kesemua yang ditahan berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun yang ditahan di bawah Seksyen 39B dan 55B Akta Imigresen kerana menyalahi syarat pasport sebagai pelancong asing.

Selain itu, pihaknya juga turut memeriksa 40 pelanggan yang berkunjung ke premis berkenaan yang berumur antara 40 hingga 50 tahun ke atas.

Roslin menambah untuk memastikan premis itu tidak beroperasi pada masa akan datang, pihaknya akan memohon kepada agensi yang berkaitan untuk menyita premis itu.

Serbuan yang dilakukan selama dua jam bermula 10 malam itu melibatkan dua pegawai dan 11 anggota pasukan keselamatan. 

Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 12.38 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.42 PM