Johor Bahru: Seramai 25 tahi judi sabung ayam yang menjadikan rumah kongsi di kawasan lapang tapak pembinaan Kampung Ngee Heng di sini, sebagai markas operasi berjaya diberkas polls petang semalam.
Dalam serbuan jam 4 petang itu, semua suspek lelaki termasuk 12 warga Indonesia berusia 20 hlngga 61 lahun gagal meloloskan diri dan ditahan polis.
Ketua operasi Pegawai Turus Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor DSP Adzil Abu Shah berkala, serbuan dilakukan 19 anggota polis berdasarkan risikan dilakukan.
Katanya, semua yang ditahan itu dibawa ke IPK Johor untuk tindakan lanjut bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 7(1). Akta Rumah Judi Terbuka dan Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63.
Sumber: Akhbar Kosmo