Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

25 Penyokong Terengganu Ditahan Merusuh Polis

Diterbitkan: 17 May 2015 11.43 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Terengganu, 17 Mei- Seramai 25 penyokong bola sepak Terengganu ditahan bagi membantu siasatan berhubung insiden kekecohan dan bertindak liar pada separuh akhir kedua Piala FA membabitkan pasukan tuan rumah dan pasukan Lions XII di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini, malam tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/25-penyokong-terengganu-ditahan-merusuh-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:22 MYT

Kuala Terengganu, 17 Mei- Seramai 25 penyokong bola sepak Terengganu ditahan bagi membantu siasatan berhubung insiden kekecohan dan bertindak liar pada separuh akhir kedua Piala FA membabitkan pasukan tuan rumah dan pasukan Lions XII di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini, malam tadi.

Mereka yang berusia antara 16 hingga 36 tahun ditahan kerana gagal mengawal perasaan selepas pasukan penyu itu gagal melayakkan diri ke pu...singan akhir Piala FA 2015.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Idris Abd Rafar berkata keadaan itu memaksa pihak stadium memanggil Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan pihak keselamatan serta melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan penyokong
Terengganu yang cuba berindak liar dengan memusnahkan harta benda stadium.

Kekecohan dan rusuhan itu juga menyebabkan empat anggota yang bertugas mengawal keadaan turut mengalami kecederaan setelah penyokong bertindak di luar kawalan dengan memukul dan membaling batu ke arah mereka.

"Daripada tangkapan itu, seramai 22 orang ditahan reman empat hari kerana merusuh, seorang ditahan kerana memiliki suar dan direman tiga hari," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Dua lagi disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya kerana positif dadah Methamphetamine dan dibebaskan dengan jaminan polis.

"Semua anggota yang cedera ringan pula diberi rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini," katanya.

Idris berkata hasil pemeriksaan selepas insiden itu, pihaknya mendapati sebuah Land Rover polis turut dirosakkan, selain cermin tingkap dua bas dipecahkan serta sebuah ambulans milik St John dibakar.

Seramai 366 anggota pasukan keselamatan ditugaskan mengawal keadaan.

Sejurus permainan berakhir malam tadi, para penyokong Terengganu bertindak liar dengan membaling batu terhadap kenderaan dan merosakkan harta benda awam di luar stadium.

Insiden itu dipercayai ekoran penyokong tidak berpuas hati dengan
keputusan pengadil, Mohd Amirul Izwan Yaacob, yang tidak mengesahkan gol keempat Terengganu menerusi percubaan Ahmad Nordin Alias pada minit ke-89 kerana berada pada kedudukan ofside.

Dalam perlawanan itu, kemenangan 3-2 skuad bimbangan Abdul Rahman Ibrahim gagal menghalang wakil Singapura Lions XII mara ke final menerusi peraturan gol di tempat lawan setelah kedua-dua pasukan terikat 4-4 secara agregat.

Idris berkata setakat ini, empat laporan polis berhubung kerosakan kenderaan telah diterima dengan dua daripadanya dibuat oleh pemandu bas dan masing-masing satu oleh pemilik kereta Vios dan ambulans.

Dalam pada itu, Idris menafikan gambar yang tersebar luas di laman sosial berhubung orang awam cedera ditembak dalam insiden itu dan pihaknya telah melakukan pemeriksaan bersama dengan pihak hospital bagi mengenal pasti perkara itu.

Siasatan menyeluruh berhubung insiden kekecohan itu sedang
dijalankan dan pihaknya masih mengesan individu lain bertindak membakar ambulans dan terlibat dalam kekecohan itu.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 17 May 2015 11.43 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM