TELUK
INTAN, 8 NOV 2013 – Polis daerah ini berjaya mencekup 24 penagih dalam
operasi membanteras penyalahgunaan dadah di sebuah markas di Batu 8 1/2,
Jalan Hutan Melintang, di sini, kira-kira jam 9.30 pagi kelmarin.
Ketua
Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata,
semua penagih berusia antara 21 hingga 49 tahun itu diberkas dalam
keadaan khayal oleh sepasukan polis dari cawangan Narkotik Ibu Pejabat
Polis Daerah Hilir Perak.
Menurutnya,
intipan dan pemantauan berterusan dilakukan sejak beberapa hari lalu
setelah menerima maklumat awam berhubung aktiviti mencurigakan di sebuah
ladang sawit.
"Sahih
dengan maklumat itu, sepasukan polis diketuai Inspektor Teoh Teck Khoon
terpaksa meredah belukar dan parit ketika melakukan serbuan.
"Kecekapan anggota terlibat berjaya memberkas semua penagih terbabit walaupun ada yang cuba meloloskan diri," katanya.
Kok
Liang berkata, hasil ujian saringan air kencing mendapati semua
individu dari kawasan Ulu Bernam, Hutan Melintang dan Teluk Intan yang
ditahan positif dadah.
Menurutnya, tujuh daripada yang ditahan adalah penagih yang berada di bawah pengawasan polis.
"Sementara
itu, dua penagih berusia 20 dan 30 tahun yang ditahan dalam operasi
sama didapati memiliki heroin dalam poket seluar masing-masing seberat
8.82 gram dan 8.90 gram.
"Dua penagih ini akan di siasat mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
Sebanyak
20 motosikal turut dirampas dalam serbuan itu untuk siasatan sama ada
motosikal curi atau sebaliknya. Semua individu ditahan direman 14 hari.

Sumber : Keratan Akhbar Sinar Harian
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
24 Penagih Khayal Dicekup
TELUK INTAN, 8 NOV 2013 – Polis daerah ini berjaya mencekup 24 penagih dalam operasi membanteras penyalahgunaan dadah di sebuah markas di Batu 8 1/2, Jalan Hutan Melintang, di sini, kira-kira jam 9.30..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/24-penagih-khayal-dicekup
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.