Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

24 Gro Warga Asing Ditahan

Published: 17 Jun 2014 5.53 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
'Mereka yang ditahan terdiri daripada seorang warga Indonesia, sembilan Vietnam, dua Thailand, 10 dari China dan dua warga Laos berusia dari 20 hingga 36 tahun,' katanya kepada pemberita di sini hari ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/24-gro-warga-asing-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:57 MYT

George Town, 22 Jun - Polis Pulau Pinang menahan 24 wanita warga asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) dalam Ops Noda bersepadu di Nibong Tebal, Butterworth, Bayan Baru dan Jalan Patani awal hari ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, ACP Nasir Mohd Salleh berkata operasi enam jam berakhir pukul 3 pagi itu melibatkan 70 anggota polis dari Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri.

"Mereka yang ditahan terdiri daripada seorang warga Indonesia, sembilan Vietnam, dua Thailand, 10 dari China dan dua warga Laos berusia dari 20 hingga 36 tahun," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata tiga antara mereka yang ditahan turut terlibat dalam kegiatan pelacuran.

Nasir berkata siasatan lanjut mendapati GRO terbabit menyalahgunakan pas lawatan sosial dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/63 dan 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 yang memperuntuk hukuman
penjara tidak lebih enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya.

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 17 Jun 2014 5.53 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM