Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

230 Warga Jabatan Pengurusan Pdrm Terima Pjpn

Published: 25 Aug 2020 11.05 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Cheras, 25 Ogos 2020 – Seramai 230 warga Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah dianugerahkan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) dalam satu majlis istiadat yang berlangsung di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab PDRM Kuala Lumpur, di sini, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/230-warga-jabatan-pengurusan-pdrm-terima-pjpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:39 MYT
Cheras, 25 Ogos 2020 – Seramai 230 warga Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah dianugerahkan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) dalam satu majlis istiadat yang berlangsung di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab PDRM Kuala Lumpur, di sini, pagi tadi. 

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Pengurusan PDRM, CP Dato’ Sri Abd Rahim Jaafar dan diiringi oleh Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), DCP Dato’ Nerita Yaacob.

PJPN dianugerahkan kepada para petugas PDRM bagi menghargai jasa kepahlawanan, pengorbanan dan kebaktian yang dicurahkan kepada negara semasa Era Darurat sewaktu perkhidmatan Persekutuan Tanah Melayu.

Majlis penganugerahan pingat ini juga merupakan sebahagian daripada manifestasi dan simbol kekuatan kepimpinan Pasukan yang semestinya menjadi inspirasi kepada seluruh warga PDRM agar terus berjuang mempertahankan kedaulatan serta keselamatan negara.

Mendahului senarai penerima pingat adalah SAC Urus Setia Ketua Polis Negara (Penyelidikan dan Pembangunan), SAC Tuan Ibrahim Saad, diikuti oleh Penolong Pengarah Pengurusan (Penilaian Kompetensi), Bahagian Sumber Manusia, ACP Tuan Aminuddin Dahlan dan Penolong Pengarah Pengurusan (Pembangunan Kerjaya), Bahagian Dasar Sumber Manusia, ACP Tuan Hamzah Buman.

Hadir sama dalam majlis tersebut adalah Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato' Ramli Mohamed Yoosuf, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, DCP Dato' Abdul Majid Mohd Ali, Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan), DCP Dato' Kasuahdi Haji Ali, pegawai-pegawai kanan serta warga PDRM dan rakan-rakan media.

Image may contain: one or more people, people standing and shoes
Rahim Jaafar menyemat pingat PJPN kepada SAC Urus Setia Ketua Polis Negara (Penyelidikan dan Pembangunan), SAC Tuan Ibrahim Saad.

Image may contain: 1 person, standing, suit and shoes
Pengarah Pengurusan PDRM, CP Dato’ Sri Abd Rahim Jaafar menyemat pingat PJPN kepada Penolong Pengarah Pengurusan (Penilaian Kompetensi), Bahagian Sumber Manusia, ACP Tuan Aminuddin Dahlan.

Image may contain: one or more people and people sitting, text that says 'PDRM'
Pengarah Pengurusan PDRM, CP Dato’ Sri Abd Rahim Jaafar menyemat Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) kepada penerima.

Image may contain: 12 people
Bergambar kenangan.

Image may contain: 5 people, indoor
Sesi menandatangani buku pelawat.

Image may contain: 3 people, people standing
Nyanyian lagu Negaraku.

Image may contain: 1 person, standing
Pengarah Pengurusan PDRM, CP Dato’ Sri Abd Rahim Jaafar menyemat pingat PJPN kepada Penolong Pengarah Pengurusan (Penilaian Kompetensi), Bahagian Sumber Manusia, ACP Tuan Aminuddin Dahlan.

Image may contain: 1 person, standing, shoes and indoor, text that says 'HAKM PDRM'
Pengarah Pengurusan PDRM, CP Dato’ Sri Abd Rahim Jaafar menyemat pingat PJPN kepada Penolong Pengarah Pengurusan (Pembangunan Kerjaya), Bahagian Dasar Sumber Manusia, ACP Tuan Hamzah Buman.

Image may contain: one or more people, people standing, suit, shoes and indoor, text that says 'PDRM'
Pengarah Pengurusan PDRM, CP Dato’ Sri Abd Rahim Jaafar menyemat Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) kepada penerima.
 
Image may contain: one or more people, people standing, shoes, suit and indoor

Image may contain: 1 person, standing, shoes and indoor, text that says 'PDRM'
Pengarah Pengurusan PDRM, CP Dato’ Sri Abd Rahim Jaafar menyemat Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) kepada penerima.
 
ArticlePublished 25 Aug 2020 11.05 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM