Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

23 Pati Ditahan Marin Johor

Diterbitkan: 21 Oct 2015 3.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Seramai 23 pendatang asing tanpa izin (PATI) berjaya ditahan Marin Pengerang dalam satu serbuan yang dijalankan di Pantai Sungai Rengit, dekat sini, malam tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/23-pati-ditahan-marin-johor
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:10 MYT

 

Kota Tinggi, 21 Okt - Seramai 23 pendatang asing tanpa izin (PATI) berjaya ditahan Marin Pengerang dalam satu serbuan yang dijalankan di Pantai Sungai Rengit, dekat sini, malam tadi.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2, ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata, bertindak atas maklumat, pasukannya membuat serbuan di kawasan hutan Pantai Batu Layar, Sungai Rengit, Kota Tinggi.

"Pihak kami telah menahan 23 PATI terdiri daripada 20 lelaki dewasa dan tiga perempuan dewasa," katanya. 

Beliau berkata, hasil pemeriksaan lanjut mendapati kesemua mereka adalah warganegara Indonesia dan sedang menunggu bot untuk balik ke Indonesia.

Kesemua PATI ditahan untuk tindakan lanjut di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan (ATIPSOM) 2007 & Akta Imigresen 1959/63 (Pind 2002).
23 Pati Ditahan Marin Johor

ArtikelDiterbitkan 21 Oct 2015 3.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM