Artikel
23 Pati Ditahan Di Kawasan Hutan Pantai Batu Layar
Johor Baharu, 21 Okt- Pasukan Polis Marin Pengerang menahan 23 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam serbuan di kawasan hutan Pantai Batu Layar, Sungai Rengi...
Johor Baharu, 21 Okt- Pasukan Polis Marin Pengerang menahan 23 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam serbuan di kawasan hutan Pantai Batu Layar, Sungai Rengit, dekat Kota Tinggi, malam tadi.
Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua ACP Paul Khiu Khon Chiang
berkata kesemua 20 lelaki dan tiga wanita itu ditahan kira-kira 11.40 malam berdasarkan maklumat awam.
"Kesemua yang ditahan berumur 23 hingga 45 tahun dan berdasarkan pemeriksaan awal, kesemua mereka mengaku sedang menunggu bot untuk pulang ke Indonesia," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Khiu berkata kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Bandar Penawar, Kota Tinggi untuk tindakan selanjutnya.- BERNAMA