
Artikel
23 Operatif Baharu Utk Bangga Peroleh Beret Maroon
Upacara pemakaian beret ‘maroon’ kepada kesemua operatif terlibat telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Aw...
Kuala Lumpur, 27 April 2023 – Seramai 23 operatif baharu Unit Tindakhas (UTK) yang terdiri daripada seorang pegawai kanan dan 22 anggota Polis Diraja Malaysia berjaya menamatkan Kursus Asas UTK Siri 1/2023 baru-baru ini.
Upacara pemakaian beret ‘maroon’ kepada kesemua operatif terlibat telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA) (Gerakan) Bukit Aman, CP Dato' Khaw Kok Chin di Ibu Pejabat UTK, Bukit Aman, pagi tadi.
Berucap dalam majlis diadakan, Dato' Khaw Kok Chin berharap agar warga baharu UTK yang berjaya diserapkan di dalam unit elit itu dapat meneruskan legasi kecemerlangan wira-wira Pasukan terdahulu.
Kesemua operatif baharu UTK ini telah menjalani latihan asas selama tiga bulan bermula 1 Februari hingga 20 April lalu di Briged Utara, Pasukan Gerakan Am, Ulu Kinta Perak.
Dalam majlis sama, Dato' Khaw Kok Chin turut diberi penghormatan menyampaikan surat penghargaan kepada warga UTK yang diketuai oleh Komander UTK, SAC Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi.
Turut hadir, Timbalan Pengarah KDNKA (Pasukan Gerakan Khas), SAC Anuar Rosdi dan warga UTK.