Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

23 Kaki Judi Diberkas Di Premis Tidak Berlesen

Published: 17 Jun 2014 3.49 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
George Town, 21 Mei - Polis menahan 23 kaki judi termasuk dua wanita dalam serbuan di sebuah kedai makan di Tingkat Kenari, Sungai Ara di sini semalam. Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Mohd Hatta..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/23-kaki-judi-diberkas-di-premis-tidak-berlesen
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:05 MYT
George Town, 21 Mei - Polis menahan 23 kaki judi termasuk dua wanita dalam serbuan di sebuah kedai makan di Tingkat Kenari, Sungai Ara di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Mohd Hatta Md Zin berkata ketika serbuan pada pukul 4 petang itu, kesemua mereka yang berusia antara 25 dan 48 tahun sedang leka berjudi serta tidak menyedari kehadiran pihak berkuasa.

"Hasil risikan dan maklumat awam kita dapati pemilik premis itu berselindung di sebalik perniagaan makanan dan menganjurkan kegiatan perjudian haram kepada pelanggan mereka sejak beberapa bulan lepas," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Polis turut merampas pelbagai peralatan berjudi seperti dadu, cip pertaruhan pelbagai warna bernilai RM100 setiap satu dan wang tunai sebanyak RM1,032.

Hatta berkata kes disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.- BERNAMA
ArticlePublished 17 Jun 2014 3.49 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM