23 Individu Ditahan Dalam Ops Noda
Tawau,
1 Jan - Pihak polis menahan 20 wanita dan tiga lelaki dalam Ops Noda
sempena sambutan tahun baharu 2014, di beberapa pusat hiburan sekitar
bandar ini awal pagi tadi.
Ketua
Polis Daerah Tawau ACP Awang Dullah berkata kesemua mereka termasuk
seorang lelaki yang positif dadah, ditahan kerana tidak mempunyai
dokumen pengenalan diri.
Mereka
antara 420 individu yang diperiksa dalam operasi dua jam bermula pukul 2
pagi tadi, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut Awang, kesemua yang ditahan sudah diserahkan kepada Jabatan Imigresen bagi tindakan lanjut.
Dalam
operasi yang turut disertai imigresen, kastam dan Majlis Perbandaran
Tawau itu, dua premis hiburan diberi notis amaran kerana beroperasi
lebih masa, katanya.
Sumber : BERNAMA