Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

23 Individu Ditahan Dalam Ops Noda

Published: 18 Jun 2014 7.11 AM Updated: 15 Aug 2026 7.35 PM
Tawau, 1 Jan - Pihak polis menahan 20 wanita dan tiga lelaki dalam Ops Noda sempena sambutan tahun baharu 2014, di beberapa pusat hiburan sekitar bandar ini awal pagi tadi...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/23-individu-ditahan-dalam-ops-noda
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 17:27 MYT

Tawau, 1 Jan - Pihak polis menahan 20 wanita dan tiga lelaki dalam Ops Noda sempena sambutan tahun baharu 2014, di beberapa pusat hiburan sekitar bandar ini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Dullah berkata kesemua mereka termasuk seorang lelaki yang positif dadah, ditahan kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

Mereka antara 420 individu yang diperiksa dalam operasi dua jam bermula pukul 2 pagi tadi, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Awang, kesemua yang ditahan sudah diserahkan kepada Jabatan Imigresen bagi tindakan lanjut.

Dalam operasi yang turut disertai imigresen, kastam dan Majlis Perbandaran Tawau itu, dua premis hiburan diberi notis amaran kerana beroperasi lebih masa, katanya.
 
Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 18 Jun 2014 7.11 AMUpdated 15 Aug 2026 7.35 PM