Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

22 Pegawai Dan Anggota Polis Tamat Kursus Tugas Pengiring Rapat

Published: 03 May 2017 7.54 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 28 April 2017 – Seramai 22 orang pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berjaya menamatkan Kursus Asas Personal Security Detail (PSD) bagi siri 1/2017 diraikan dalam sebuah majlis yang diadakan di Ibu Pejabat Unit Tindakhas, Bukit Aman pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/22-pegawai-dan-anggota-polis-tamat-kursus-tugas-pengiring-rapat
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 07:57 MYT
22 PEGAWAI DAN ANGGOTA POLIS TAMAT KURSUS TUGAS PENGIRING RAPAT

Kuala Lumpur, 28 April 2017 – Seramai 22 orang pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berjaya menamatkan Kursus Asas Personal Security Detail (PSD) bagi siri 1/2017 diraikan dalam sebuah majlis yang diadakan di Ibu Pejabat Unit Tindakhas, Bukit Aman pagi tadi.

Kursus yang berlangsung selama tiga minggu itu mendedahkan peserta kepada pelbagai bentuk latihan pengiring rapat antaranya latihan kemahiran menembak, latihan susunan motoked, pergerakan dalam motoked dan latihan formasi dalam aturan PSD.

Ketua Polis Negeri Sembilan, DCP Dato’ Jaafar Mohd Yusof mengucapkan syabas dan tahniah kepada kesemua peserta yang telah berjaya menamatkan kursus tersebut.

 “Kemahiran yang telah anda perolehi sepanjang kursus ini merupakan satu lagi pencapaian di dalam kerjaya masing-masing” tambah beliau lagi.

Turut diadakan majlis penyampaian sijil penghargaan kepada operatif Unit Tindakhas (UTK) yang akan dan telah bersara pada tahun ini.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Komander UTK, SAC Dato' Hazani Ghazali, pegawai-pegawai kanan dan anggota PDRM.

IMG_8421
IMG_8418
Bergambar kenangan
ArticlePublished 03 May 2017 7.54 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM