22 Ditahan Dalam Ops Sarang Di Seberang Perai Tengah
BUKIT MERTAJAM, 8 April - Sebanyak 18 penagih dan empat pengedar dadah ditahan dalam Ops Sarang di sekitar daerah Seberang Perai Tengah (SPT), di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah SPT, ACP Rusli Mohd Noor berkata mereka yang ditahan dalam operasi khas enam jam bermula 7 pagi itu terdiri daripada 21 lelaki dan seorang wanita berusia antara 20 dan 45 tahun.
"Polis turut merampas sejumlah dadah bersama empat lelaki yang disyaki pengedar dadah itu. Seorang daripada mereka juga ditahan kerana dipercayai terlibat dalam beberapa kes curi motosikal di sekitar daerah ini," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata polis turut merampas sejumlah air ketum daripada dua lelaki yang ditahan itu.
Sumber : BERNAMA