Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

22 Ditahan Barangan Bernilai Rm305 000 Dirampas Dalam Ops C

Diterbitkan: 18 Jun 2014 3.00 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.39 PM
Pelabuhan Klang, 28 Okt - Sebanyak 22 orang ditahan dan barangan bernilai RM305,000 dirampas dalam Ops Cantas Khas yang dijalankan Polis Marin Wilayah 1 sejak 16 Okt lepas...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/22-ditahan-barangan-bernilai-rm305-000-dirampas-dalam-ops-c
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:00 MYT
22 Ditahan, Barangan Bernilai RM305,000 Dirampas Dalam Ops Cantas Khas Polis Marin
 
>

Pelabuhan Klang, 28 Okt - Sebanyak 22 orang ditahan dan barangan bernilai RM305,000 dirampas dalam Ops Cantas Khas yang dijalankan Polis Marin Wilayah 1 sejak 16 Okt lepas.

Tangkapan dan rampasan itu adalah hasil pemeriksaan terhadap 3,935 rakyat tempatan dan asing serta 488 bot, sampan dan kelong di persisiran pantai Perlis hingga Selangor.

Komander Polis Marin Wilayah 1 ACP Mohd Yusof Abdullah berkata antara barangan yang dirampas ialah 21,600 kapsul Hemaviton Stamina Plus bernilai RM6,480 di bawah Akta Racun 1962 dan 800 liter diesel subsidi bernilai RM13,600.

Turut dirampas pelbagai jenis mercun bernilai RM250,000 di Sungai Air Tawar, Perak, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Mohd Yusof berkata Ops Cantas Khas yang dijalankan oleh Polis Marin itu akan berakhir esok.

Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 3.00 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.39 PM