Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

21 Premis Nombor Ekor Dilumpuhkan

Published: 16 Jun 2014 7.05 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Tertangkapnya 17 lelaki dan 5 wanita di premis – premis sekitar bandar Kluang dan Batu Pahat kelmarin, polis berjaya melumpuhkan kegiatan perjudian nombor ekor haram yang melibatkan wang pertaruhan be..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/21-premis-nombor-ekor-dilumpuhkan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:33 MYT

21 Premis Nombor Ekor Dilumpuhkan

21 PREMIS NOMBOR EKOR DILUMPUHKAN : Tertangkapnya 17 lelaki dan 5 wanita di premis – premis sekitar bandar Kluang dan Batu Pahat kelmarin, polis berjaya melumpuhkan kegiatan perjudian nombor ekor haram yang melibatkan wang pertaruhan berjumlah RM504,000 sebulan.

KJSJ Johor, Datuk Amer Awal berkata, dalam hasil siasatan awal, polis mendapati jumlah pertaruhan di kesemua premis berkenaan menjangkau RM6,000 seminggu dan kegiatan itu dipercayai sudah bermula sejak enam bulan lepas. 

Polis turut merampas wang tunai lebih RM4,000, 22 mesin pencetak, 25 telefon bimbit dan 189 kertas yang dicatat angka pertaruhan. Serbuan terhadap kegiatan ini akan dijalankan berterusan memandangkan mereka yang terlibat kerap berpindah dari satu tempat ke tempat lain bagi mengelirukan pihak berkuasa.

ArticlePublished 16 Jun 2014 7.05 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM