21 Pelayan Wanita Warga Vietnam Ditahan
Seramai
21 pelayan wanita (GRO) warga Vietnam ditahan ketika sedang leka
melayan pelanggan masing-masing di sebuah pusat hiburan karaoke di
Sungai Besar baru-baru ini.
Operasi
yang dijalankan kira- kira jam 12.30 turut menahan tujuh pekerja premis
bagi membantu siasatan dan 39 pelanggan lelaki diambil keterangan
lanjut .
Siasatan
awal mendapati wanita-wanita yang ditahan menyalahgunakan pas lawatan
sosial dengan bekerja di premis terbabit selain dipercayai ada yang
turut menjadi mangsa pemerdagangan manusia. Kes berkenaan disiasat
mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan
Migran 2007.

Sumber : Keratan Akhbar Sinar Harian