Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

21 Pati Ditahan Cuba Keluar Dari Negara Secara Haram

Published: 26 Oct 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Sebanyak 21 pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Indonesia ditahan ketika cuba keluar dari negara ini secara haram berdekatan kawasan hutan Pantai Tanjung Gemuk, Jalan Sedili Kecil, di sini awal pagi semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/21-pati-ditahan-cuba-keluar-dari-negara-secara-haram
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 02:52 MYT

Kota Tinggi, 26 Okt- Sebanyak 21 pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Indonesia ditahan ketika cuba keluar dari negara ini secara haram berdekatan kawasan hutan Pantai Tanjung Gemuk, Jalan Sedili Kecil, di sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman berkata kesemua PATI itu ditahan dalam serbuan pada 3.15 pagi, ketika dipercayai sedang menunggu bot pancung untuk membawa mereka pulang ke Indonesia.

"Hasil pemeriksaan mendapati 14 lelaki dewasa dan tujuh perempuan warga Indonesia mengakui sedang menunggu bot pancung. Kesemua mereka gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah," kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini.

Mereka yang berumur antara 21 hingga 53 tahun itu, kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kuala Sedili dan ditahan reman dua minggu untuk siasatan lanjut, katanya.

Kes disiasat di bawah Sek 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) dan Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang, Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.- BERNAMA

ArticlePublished 26 Oct 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM