Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

21 Pati Dicekup Ppm Pengerang

Published: 17 Dec 2015 1.55 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Pasukan Polis Marin (PPM) Pengerang menahan 21 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang cuba keluar dari negara ini secara tidak sah dalam operasi di Pantai Punggai, di sini, awal pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/21-pati-dicekup-ppm-pengerang
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:48 MYT
Kota Tinggi, 15 Dis - Pasukan Polis Marin (PPM) Pengerang menahan 21 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang cuba keluar dari negara ini secara tidak sah dalam operasi di Pantai Punggai, di sini, awal pagi tadi.

Komander PPM Wilayah 2, ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata, 18 lelaki bersama tiga wanita ditahan dalam sebuah bot pancung pada jam 2.35 pagi selepas pihak polis berjaya mengesan dan mengejar bot tersebut sehingga ke persisiran pantai.

“Turut dirampas sebuah bot pancung bersama seunit enjin sangkut,” terang beliau lagi.

Tambah beliau, kesemua yang ditahan itu didapati melakukan perbuatan yang menyalahi Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan turut melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Kesemua tahanan dan rampasan dibawa ke Pengkalan PPM Pengerang untuk tindakan lanjut.

21 Pati Dicekup Ppm Pengerang
ArticlePublished 17 Dec 2015 1.55 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM