Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

21 Gro Asing Diberkas Di Premis Hiburan Haram

Diterbitkan: 09 Jan 2018 3.03 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Puchong, 9 Jan 2018 - Sebuah pusat hiburan yang beroperasi secara haram dan menawarkan khidmat pelayan pelanggan (GRO) asing dibongkar dalam satu operasi polis malam tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/21-gro-asing-diberkas-di-premis-hiburan-haram
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:27 MYT


Puchong, 9 Jan 2018 - Sebuah pusat hiburan yang beroperasi secara haram dan menawarkan khidmat pelayan pelanggan (GRO) asing dibongkar dalam satu operasi polis malam tadi.

Dalam operasi bermula jam 9.45 malam itu, sejumlah 21 GRO warga Vietnam dan Thailand diberkas di sebuah pusat hiburan dekat Pusat Bandar Puchong di sini.

Operasi dikendalikan pasukan anti maksiat Bahagian D7 Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, diketuai ASP Rozam Effandy.

Ketika digempur, lebih 30 pengunjung memenuhi premis dan semakan mendapati, pusat itu tidak memiliki lesen dan menggajikan pekerja asing tanpa permit.

Peralatan audio dan sejumlah wang tunai turut dirampas.

Kes disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen.

Kesemua tangkapan dan rampasan dibawa ke IPD Puchong untuk tindakan lanjut.

Sumber: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/21-gro-asing-diberkas-di-premis-hiburan-haram-165137

ArtikelDiterbitkan 09 Jan 2018 3.03 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM