Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

21 450 Liter Minyak Bersubsidi Dirampas

Published: 18 Jun 2014 8.40 AM Updated: 15 Aug 2026 7.36 PM
Semporna, 25 Jan - Pasukan Polis Marin (PPM) merampas 21,450 liter minyak bersubsidi dalam dua operasi berasingan di perairan Semporna semalam...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/21-450-liter-minyak-bersubsidi-dirampas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 13:24 MYT

Semporna, 25 Jan - Pasukan Polis Marin (PPM) merampas 21,450 liter minyak bersubsidi dalam dua operasi berasingan di perairan Semporna semalam.

Komander PPM Wilayah 4, ACP Mohamad bin Madun berkata 13,650 liter daripada minyak itu adalah petrol yang dirampas oleh PPM Semporna dalam operasi kira-kira pukul 9.00 malam di pesisir Laut Labuan Haji.

Manakala selebihnya sebanyak 6,800 liter ialah minyak petrol dan 1,000 liter minyak diesel yang dirampas oleh PPM Semporna dalam operasi kira-kira pukul 9.40 malam di perairan Laut Sibangkat, semalam.

"Dalam operasi di Pesisir Laut Labuan Haji itu, pihak kami turut merampas sebuah perahu jongkong, dua enjin sangkut, 11 unit tong gas LPG dan menahan enam orang lelaki, seorang daripadanya ialah warga tempatan manakala selebihnya ialah warga Filipina" ujar beliau.

"Manakala dalam operasi di kawasan perairan laut Sibangkat pula kami turut menahan tiga orang lelaki warga Filipina, sebuah perahu jongkong yang digunakan dalam kegiatan penyeludupan, dua enjin sangkut dan dua unit tong gas LPG" katanya lagi.

Kesemua warga Filipina yang ditahan dalam kedua-dua operasi itu juga didapati tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

Menurut beliau, nilai kesemua rampasan termasuk bot ialah kira-kira RM122,985 dan kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967.

21 450 Liter Minyak Bersubsidi Dirampas
Sumber : Pasukan Polis Marin Semporna

ArticlePublished 18 Jun 2014 8.40 AMUpdated 15 Aug 2026 7.36 PM