Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

209 Pesalah Trafik Di Pulau Pinang Ditahan

Published: 25 May 2015 12.01 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
George Town, 25 Mei - Sejumlah 209 pesalah trafik yang dikenakan waran tangkap ditahan di Pulau Pinang sejak Op Warta dilancar Selasa lepas sehingga semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/209-pesalah-trafik-di-pulau-pinang-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:36 MYT


George Town, 25 Mei - Sejumlah 209 pesalah trafik yang dikenakan waran tangkap ditahan di Pulau Pinang sejak Op Warta dilancar Selasa lepas sehingga semalam.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Dato’ A.Thaiveegan berkata kesemua mereka termasuk tiga wanita berusia antara 20 dan 55 tahun itu ditahan menerusi sekatan jalan raya dan pemeriksaan di premis pekerjaan terbabit.

"Sepanjang tempoh itu, seramai 759 pesalah trafik yang dikenakan waran tangkap telah tampil menjelaskan saman mereka.

"Saya minta orang ramai yang mempunyai saman agar segera membayarnya supaya tidak dikenakan tindakan undang-undang atau polis mencari mereka," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sementara itu, Thaiveegan berkata polis akan mengambil keterangan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali bagi membantu siasatan kes timbalan presiden PKR itu menggelar Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar 'barua UMNO' dalam ceramahnya pada kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh.

"Setakat ini polis telah merakam keterangan 15 orang bagi membantu siasatan kes itu," katanya.

- BERNAMA

ArticlePublished 25 May 2015 12.01 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM