Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

2011 Catat Peningkatan 3 Tangkapan Berbanding 2010

Diterbitkan: 11 Jun 2014 7.28 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Bukit Aman , 20 Okt - ' Hasil daripada penguatkuasaan undang-undang yang dijalankan, Jabtan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) telah berjaya menangkap seramai 132,851 orang atas pelbagai kesalahan dadah..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/2011-catat-peningkatan-3-tangkapan-berbanding-2010
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:47 MYT
Bukit Aman - 20 Oktober 2011. 
 
Bukit Aman - " Hasil daripada penguatkuasaan undang-undang yang di jalankan, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) telah berjaya menangkap seramai 132,851 orang atas pelbagai kesalahan dadah bagi tempoh 1 Januari sehingga 18 Oktober tahun ini dan ianya menunjukkan peningkatan sebanyak 3 peratus berbanding 129,225  tangkapan bagi tempoh masa yang sama pada tahun 2010," jelas YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah JSJN PDRM semasa sidang media di Dewan Threatreatte, Menara 1 Bukit Aman, petang tadi.
 
Tambahnya lagi, JSJN juga telah berjaya  merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM 201.11 juta yang melibatkan rampasan dadah popular, syabu dengan jumlah rampasan meningkat sebanyak 9 peratus iaitu 679.34 kg berbanding 621.48kg pada tahun 2010.
 
Rampasan dadah heroin juga melonjak meningkat sebanyak 89% dengan rampasan 470.22 kg pada tahun ini berbanding 248.25 kg pada tahun sebelumnya.
 
Beliau turut menyentuh berkenaan Lapangan Terbang Antarabangsa (LTAB) dalam negara yang sering menjadi lokasi penyalahgunaan laluan masuk penyeludupan dadah oleh sindiket pengedaran dadah yang terdiri daripada warga asing mahupun rakyat tempatan. 
 
Jelas beliau lagi, seramai 119 orang telah ditangkap di lapangan terbang bagi tempoh 1 Januari hingga 18 Oktober tahun ini. Seramai 4 orang daripada tangkapan tersebut adalah warga tempatan dan selebihnya warga asing. 
 
Beliau turut berkata, selain menggunakan laluan udara, sindiket ini turut menggunakan jalan darat untuk aktiviti pengedaran dadah terutamanya dadah jenis ganja.

"Dengan hasil tangkapan ini, menunjukkan betapa seriusnya kita iaitu pihak Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik untuk membebaskan lapangan terbang negara kita daripada menjadi transit pengedaran dadah." kata beliau di akhir sidang media tersebut.

2011 Catat Peningkatan 3 Tangkapan Berbanding 2010
Sidang Media...YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Narkotik.

2011 Catat Peningkatan 3 Tangkapan Berbanding 2010


Wartawan   : L/Kpl Shareel Shahriman
Jurufoto     : L/Kpl Muhammad Lokmanul Hakim
Penyunting : Sjn Zaiddin Dahalan
ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 7.28 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM