Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

20 Wanita Ditahan Terbabit Aktiviti Pelacuran

Published: 24 Apr 2014 3.09 AM Updated: 15 Aug 2026 7.50 PM
Pihak polis menahan 20 wanita di dua hotel bajet di Jalan Munshi Abdullah di sini malam tadi kerana dipercayai terbabit dalam aktiviti pelacuran.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/20-wanita-ditahan-terbabit-aktiviti-pelacuran
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:56 MYT
Melaka, 13 April - Pihak polis menahan 20 wanita di dua hotel bajet di Jalan Munshi Abdullah di sini malam tadi kerana dipercayai terbabit dalam aktiviti pelacuran.

DSP Kamal Khan Mohd Shariff daripada Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman berkata mereka terdiri daripada 11 warga Indonesia dan sembilan rakyat tempatan berumur antara 21 hingga 38 tahun. 

Beliau berkata turut ditahan tiga penjaga premis dan tiga pelanggan berumur sekitar 20-an hingga 30-an.Operasi disertai empat pegawai dan 20 anggota dari Bukit Aman yang turut dibantu anggota daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, katanya kepada pemberita. 

Sumber: BERNAMA
ArticlePublished 24 Apr 2014 3.09 AMUpdated 15 Aug 2026 7.50 PM