Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

20 Pegawai Kanan Polis Terima Lencana Pangkat

Diterbitkan: 11 Apr 2016 4.18 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.29 PM
Bukit Aman, 11 April – Atas prestasi cemerlang yang diberikan, seramai 20 pegawai kanan polis telah dipakaikan lencana kenaikan pangkat sebagai tanda pengiktirafan dan penghargaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Mes Pegawai Kanan, di sini, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/20-pegawai-kanan-polis-terima-lencana-pangkat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:50 MYT

Oleh : Kpl Edwind Indo
Penyunting : Insp. Arisanti Bt Aziz
Foto : Kpl Aslam Shir Khan Fairuz Khan

Bukit Aman, 11 April – Atas prestasi cemerlang yang diberikan, seramai 20 pegawai kanan polis telah dipakaikan lencana kenaikan pangkat sebagai tanda pengiktirafan dan penghargaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Mes Pegawai Kanan, di sini, pagi tadi.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar.

“Selaku pegawai pengurusan tertinggi memainkan peranan penting sebagai pemimpin dan menjadi teladan kepada pegawai-pegawai di bawah seliaan,” katanya.

Menurut beliau, selain menumpukan penyampaian yang terbaik kepada memenuhi hasrat dan kehendak masyarakat, pemimpin harus memberi fokus kepada kebajikan dan kesejahteraan pegawai bawahan yang menjadi tiang kekuatan PDRM itu sendiri.

Tan Sri Khalid berkata, bagi meneruskan warisan kecemerlangan, warga PDRM dituntut agar lebih peka kepada perubahan sekeliling, sanggup menerima perubahan dan bersedia melakukan anjakan dari segi pemikiran, sikap dan kualiti kerja.

Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim, Pengarah Pengurusan PDRM, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah, Pegawai Kanan Polis dan warga Bukit Aman.

_MG_3597
Pemakai pangkat bergambar kenangan bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar
ArtikelDiterbitkan 11 Apr 2016 4.18 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.29 PM