Artikel
20 Gro Leka Layan Pelanggan Terkedu Premis Diserbu Polis
Keasyikan 20 gadis pelayan pelanggan (GRO) warga asing yang sedang leka melayan pelanggan terbantut apabila polis menyerbu tiga pusat hiburan di pusat beli-bel...
Keasyikan 20 gadis pelayan pelanggan (GRO) warga asing yang sedang leka melayan pelanggan terbantut apabila polis menyerbu tiga pusat hiburan di pusat beli-belah Midlands Park, Pulau Tikus di sini, semalam.
Dalam serbuan kira-kira pukul 1 pagi itu, kesemua wanita berusia 23 tahun hingga 40 tahun ditahan di premis berasingan oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut.
Difahamkan pengusaha pusat hiburan berkenaan tidak serik menjalankan operasi walaupun pernah ditahan dan diserbu polis beberapa kali selain GRO itu dipercayai turut menawarkan khidmat seks.
SUMBER : KOSMO